fbpx

Guardiola beri pemain kebebasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY masih segar dengan kejayaan menjulang trofi EFL menukar fokus memburu slot final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab itu. – TWITTER MAN. CITY

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola me­ngakui skuad kendaliannya akan berdepan situasi sukar pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Parc des Princes awal pagi esok.

Bekas pengendali Barcelona itu sedar dengan ancaman yang mampu diberikan PSG pada perlawanan tersebut, terutamanya menerusi gandingan Neymar dan Kylian Mbappe pada jentera serangan.

Kata Guardiola, beliau sudah melakukan analisis terhadap corak permainan PSG dan sedia memberikan kebebasan kepada pemainnya untuk merencana permainan sendiri di atas padang.

“Amat mustahil untuk mengawal serta mendominasi permainan apabila bertemu pasukan seperti PSG. Saya akan biarkan pemain bermain dengan cara mereka inginkan dan kami akan bermain seperti biasa untuk dapatkan kemenangan

“Saya sudah buat penilaian terhadap PSG dan mereka sangat kuat. Mereka bukan sahaja memiliki Neymar dan Mbappe, malah turut dibarisi pemain-pemain lain seperti Angel Di Maria, Julian Draxler dan Marco Verratti,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

Tambah beliau, setiap perlawanan Liga Juara-Juara sangat sukar, terutamanya apabila sai­ngan sudah memasuki peringkat empat pasukan terbaik.

“Separuh akhir Liga Juara-Juara sentiasa sukar, tidak kira anda bertemu pasukan mana sekalipun. Mereka cukup tersusun di bahagian pertahanan, bukan sahaja PSG tetapi Chelsea dan Real Madrid juga,” ujarnya.

City kini berada dalam mood yang cukup baik menjelang aksi bertemu PSG selepas menjulang kejuaraan Piala Liga Inggeris menewaskan Tottenham Hotspur kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI