fbpx

12 sekolah ditutup di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SRITI di Jalan Kuala Kedah di Alor Setar menjadi sekolah terbaharu yang diarah tutup ekoran penularan kes Covid-19.

ALOR SETAR – Sembilan lagi sekolah di negeri ini ditutup bermula hari ini dan esok ekoran penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warganya.

Menurut Pengarah Pendidikan negeri, Rozaini Ahmad, keseluruhan sekolah yang ditutup setakat ini adalah 12 buah sejak 18 April lepas setelah warga sekolah berkenaan didapati positif wabak itu.

“Sembilan sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pumpong dan SK Dato Wan Mohd Saman di sini serta SK Dato Wan Kemara di Kubang Pasu.

“Sekolah lain yang turut ditutup ialah SK Haji Abdul Rahman di Pendang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas serta SK Junjong di Kulim yang ditutup hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rozaini berkata, dua sekolah lagi iaitu SK Iskandar dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Islam Jalan Kuala Kedah di sini turut ditutup dua hari bermula esok.

Jelasnya, kesemua pelajar dikehendaki kuarantin di rumah dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dengan sekolah akan dibuka kembali Khamis ini.

“Keputusan ini dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan pihak Pejabat Kesihatan Daerah kawasan sekolah terbabit,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI