SAZALI Samad dan Datuk Nicol David berjaya mempertahankan gelaran Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan dua tahun berturut-turut pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2014 di Subang Jaya.
Jaguh bina badan itu meraih gelaran sama yang diperolehnya pada tahun 2013.
Untuk rekod, Sazali menerima gelaran tertinggi sukan negara itu kali keempat setelah merangkulnya pada edisi 2000, 2006 dan 2013.
Sazali mencipta rekod dunia dengan merangkul gelaran Mr. Universe buat kali ke-10 pada Kejohanan Bina Badan Dunia dalam kategori 75 kilogram di Mumbai, India pada Disember 2014.
Dalam pada itu, Nicol pula menerima anugerah berprestij itu buat kali ke-10 setelah merangkulnya pada tahun 1999, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2013.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon:
03-7455 6428 atau e-mel ke: [email protected]