fbpx

Salah sunti, Raiza Wilson mahu saman pakar kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIZA WILSON

PELAKON yang juga bekas peserta rancangan realiti popular India, Bigg Boss musim pertama, Raiza Wilson bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap atas seorang pakar dermatologi kerana menyebabkan kulitnya mengalami keradangan teruk.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Raiza menunjukkan keadaan kulitnya yang mengalami keradangan, kelihatan seperti terbakar dan melepuh selepas melakukan rawatan kulit bersama seorang doktor pakar terbabit.

Bukan itu sahaja, wajah pelakon berusia 32 tahun itu juga menjadi bengkak selepas melakukan rawatan.

“Dia (doktor) enggan berjumpa dengan saya selepas kejadian dan enggan bertanggungjawab,” ujarnya.

Akibat gagal mencari jalan penyelesaian secara baik, difahamkan Raiza akan memfailkan tuntutan saman ke atas doktor terbabit dan akan menuntut ganti rugi berjumlah Rs. 1 crore (RM548,000).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI