fbpx

Hutang budi Sunmi kepada Rain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNMI

DI sebalik kejayaan yang dikecapinya pada hari ini, penyanyi Sunmi ternyata pernah berdepan episod duka apabila berdepan kehilangan bapanya.

Ketika muncul dalam program Come Back Home, Sunmi memberitahu bahawa bapanya meninggal dunia ketika dia masih lagi bergelar pelatih di agensi JYP Entertainment.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana fasa sedih tersebut dapat dilaluinya dengan baik lebih-lebih lagi apabila mendapat sokongan daripada penyanyi Rain. Rain turut menjadi tetamu undangan dalam program sama baru-baru ini.

“Saya sangat terhutang budi kepada Rain. Ketika upacara pengebumian mendiang bapa, saya memainkan peranan selaku anak paling tua dalam keluarga.

“Saya mendapat panggilan telefon daripada Rain dan beritahu, dia memahami apa yang saya sedang lalui ketika itu. Memandangkan saya anak paling tua, dia pesan supaya jaga adik-beradik yang lain dengan baik. Dia juga pesan supaya saya jadi kuat untuk mereka,” ceritanya.

Tambah pelantun lagu Gashina itu lagi, dia berasa bertuah kerana seorang penyanyi terkenal seperti Rain memberi kata-kata semangat kepadanya yang pada waktu itu cuma seorang pelatih.

“Ketika itu, saya baru bergelar pelatih. Tetapi mendapat panggilan daripada seorang yang popular dan menenangkan saya dengan kata-katanya, satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan,”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI