fbpx

Sudah tujuh bulan, Baim Wong berang rumah tak siap-siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAIM WONG

JAKARTA – Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong berang dan kesal dengan pihak kontraktor yang diupah selepas proses ubah suai rumah baharunya masih belum siap sehingga kini walaupun selepas tujuh bulan.

Ujar pemilik nama sebenar Muhammad Ibrahim, 40, itu, dia sudah mengeluarkan wang yang banyak untuk tujuan pembiayaan pengubahsuaian rumahnya, namun hasilnya masih belum dilihat selepas tujuh bulan.

“Proses ubah suai sudah dilakukan sejak tujuh bulan lalu, tapi masih belum siap. Malah pihak kontraktor minta masa lagi setahun untuk menyiapkan sepenuhnya.

“Mahu tidak mahu saya terpaksa upah pula dua orang pekerja untuk memantau perkembangan kontraktor supaya renovasi dapat disiapkan secepat mungkin,” ujarnya kepada Merdeka.com.

Dalam pada itu, pelakon sinetron Malaikat Kecil Dari India itu sempat memberikan nasihat dengan mengingatkan orang lain supaya membuat keputusan dengan membeli kediaman yang telah siap sepenuhnya tanpa perlu sebarang pengubahsuaian.

“Untuk sesiapa sahaja yang hendak membeli rumah, cari rumah yang telah siap dibina dengan cantik tanpa perlu tambah apa-apa. Mahal sangat kos yang perlu dikeluarkan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI