fbpx

Goreng keropok bawah tangga kena kompaun RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Azizi (dua kiri) bersama isterinya, Nik Nawati (kanan) ketika ditemui pemberita hari ini.

KOTA BHARU – Pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan colek di Kampung Chekok, Tengah meluahkan rasa kecewa apabila mereka juga dikenakan tindakan kompaun RM50,000 tanpa budi bicara pada malam kelmarin.

Mohd. Azizi Mohd. Nor, 42 berkata, dia dan isteri Nik Nawati Nik Lah, 38, terkejut menerima kompaun itu ketika mereka selesai berniaga di kawasan bawah tangga rumah.

“Sebelum anggota polis tiba, saya dan isteri sedang menggoreng keropok untuk hidangan anak-anak selepas selesai berniaga colek. Kami juga sudah menutup kedai ketika itu.

“Bagaimanapun, kami didatangi anggota polis yang terus mengeluarkan kompaun tanpa kami dapat menjelaskan hal sebenar kira-kira pukul 11.30 malam,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam satu kenyataan hari ini berkata, tiga peniaga dikompaun RM50,000 dalam serbuan polis di tiga buah premis malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Mohd. Azizi berkata,dia berharap agar kes itu mendapat pembelaan dan mendapat pertimbangan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya dan isteri tidak mampu bayar jumlah RM50,000 malah ini merupakan kesalahan pertama kami.

“Saya dan isteri telah membuat rayuan kepada pihak KKM di Jabatan Kesihatan Kota Bharu sebelum ia akan dipertimbangkan oleh pihak Peguam Negara,” katanya – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI