fbpx

Kompaun RM50,000 keterlaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan jumlah kompaun sebanyak RM50,000 yang dikenakan terhadap seorang peniaga di Kelantan semalam adalah keterlaluan.

Beliau berkata, jenis-jenis kesalahan dan jumlah kompaun sebelum ini telah dibentangkan secara terperinci.

“Tentang kompaun itu sudah heboh di seluruh negara, seperti kita tahu hukuman ini di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) dari segi pengurangan dan sebagainya.

“Tadi saya lihat sendiri di media bahawa menteri undang-undang sendiri dah memberi penjelasan bahawa saman RM50,000 itu adalah keterlaluan. Sebab telah pun dibentangkan dengan terperinci jenis kesalahan dan jumlah kompaun yang patut dikenakan,” katanya ketika sesi soal jawab sidang khas hari ini.

Jelasnya nilai kompaun RM50,000 itu dari segi ordinan darurat sebelum ini adalah berkaitan dengan syarikat.

“Bagaimanapun, perkara ini sedang diambil perhatian KKM, jadi kita tunggu pengumuman dari pihak mereka.

“Tetapi bagi saya, walaupun luar bidang kuasa perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana hukumannya terlalu tinggi. Untuk yang dikompaun pula, mereka masih boleh merayu pada KKM,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI