fbpx

52 individu terima sumbangan dari Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah menyampaikan bantuan kepada salah seorang individu memerlukan di Masjid Kampung Cherok Paloh, Kuantan, Pahang hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini meneruskan pengurniaan sumbangan di Program Santuni Kasih dan Kurniaan di Masjid Kampung Cherok Paloh, Kuantan, Pahang.

Turut berangkat ke program itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Istana Negara di laman Facebook berkata, pada program tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada 52 orang asnaf, warga emas serta orang kelainan upaya (OKU).

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya semasa bulan Ramadan dan membantu persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda dan Pemangku Raja Pahang terhadap golongan yang memerlukan bantuan. Daulat Tuanku,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI