fbpx

Hilux tersangkut di Pantai Batu Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan individu cuba membawa keluar Hilux sebelum air pasang dalam sejam kemudian.

KUALA LANGAT – Sebuah kenderaan pacuan empat roda tular apabila tersangkut di kawasan cetek pantai Batu Laut, hari ini.

Berdasarkan video berdurasi 20 saat yang tular itu kelihatan individu cuba menolak membawa keluar kereta itu.

Menurut perakamnnya, kenderaan jenis Toyota Hilux itu berada di pantai berhadapan Masjid Batu Laut.

“Ada sebuah Hilux sangkut di laut memerlukan bantuan. Kalau ada sesiapa boleh bantu untuk menarik keluar.

“Dulu ada sebiji Hilux yang pernah sangkut, macam mana pengalaman hendak keluarkan. Lagi satu jam air pasang,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai komen daripada netizen termasuk menyifatkan cuba meniru apa dilakukan di luar negara.

“Kali kedua rasanya benda macam ini. Ini mesti orang luar yang acah-acah macam dekat ‘oversea’ naik 4X4 travel. Jalan dekat pasir,” kata pengguna Facebook, Hasanah Misni.

Bagi pengguna Fz Azrie pula menyifatkan kenderaan pacuan empat roda itu menunggu air pasang untuk dikeluarkan daripada kawasan itu.

“Dia tunggu air pasang itu. Kereta dia boleh terapung,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI