fbpx

Kerian sebagai hub makanan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman Zakaria (kiri)menyampaikan sumbangan bantuan Makanan kepada salah seorang penerima asnaf di Dewan PPMS Lembah Beriah hari ini di sini.- Foto Wat Kamal Abas

BAGAN SERAI – Kerajaan Negeri Perak bercadang untuk menjadikan Daerah Kerian sebagai hub makanan laut sepanjang bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan, Razman Zakaria berkata, setiap kali bulan Ramadan, makanan laut terutama kerang dan pelbagai jenis siput menjadi antara menu wajib di nikmati semua lapisan masyarakat khususnya umat islam apabila usai solat terawih.

” Apabila tiba bulan Ramadan, Daerah Kerian menjadi antara daerah yang di sebut-sebut dan menu kerang rebus yang dicicah dengan kuah kacang menjadi ‘trade mark’ tersendiri daerah ini.

” Cadangan menjadikan Kerian sebagai hub makanan laut merupakan satu cadangan yang menarik dan kita akan bincangkan perkara ini dengan beberapa agensi lain termasuklah Kementerian Pelancongan sebelum ianya dilaksanakan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya lagi di daerah Kerian terutama di kawasan Bagan Serai dan Parit Buntar, kini terdapat lambakan gerai dan premis yang menyajikan menu ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI