fbpx

2,733 kes Covid-19, 11 kluster baharu direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
2,733 kes dilaporkan hari ini.

PUTRAJAYA – Kes baharu masih lagi mengatasi angka 2,000 dengan 2,733 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 398,451 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 750 kes, diikuti oleh Kelantan sebanyak 484 kes dan Sarawak sebanyak 432 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur (377 kes), Johor (220 kes), Pulau Pinang (115 kes), Sabah (82 kes), Terengganu (61 kes), Kedah (51 kes), Negeri Sembilan (39 kes), Perak (38 kes), Pahang (35 kes) dan Melaka (33 kes).

“Putrajaya pula dengan 15 kes manakala, Perlis sebanyak satu kes dan Labuan tidak merekodkan kes baharu hari ini,” katanya pada Facebook di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 11 kluster baharu dikenal pasti hari ini dan dua kluster tamat menjadikan sebanyak 1,247 kluster ditamatkan sehingga kini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI