fbpx

Pilu tak dapat jenguk ibu sakit rindu anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video wanita tidak dapat pulang menziarahi ibunya di kampung tular di TikTok hari ini.

PETALING JAYA – Satu rakaman video seorang wanita merintih dan menangis pilu tidak dapat pulang menziarahi ibunya di kampung tular di media sosial hari ini.

Wanita berkenaan menerusi aplikasi TikTok mendakwa ibunya sedang sakit kerana rindukan anak yang sudah lama tidak berjumpa akibat larangan rentas negeri.

“Tadi dah cakap mahu balik (kampung) tengok ibu sakit. Polis minta surat pengesahan doktor dan sebagainya.

“Jika sakit demam boleh pergi hospital, (sedangkan) ibu sakit kerana rindukan anak,” dakwanya dalam nada sebak.

Wanita itu dipercayai merakam video berdurasi 59 saat tersebut dari dalam keretanya selepas permintaannya untuk merentas negeri bagi menziarahi ibunya tidak benarkan polis.

Dia menyifatkan perkara yang menimpa dirinya itu tidak adil kerana mendakwa ada individu masih boleh pergi berbulan madu ke sana sini.

Segelintir netizen menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan dialami wanita itu dan memintanya supaya bersabar.

Tidak kurang juga netizen mengkritik rintihan wanita tersebut kerana semua orang tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI