fbpx

Kek, biskut buatan bekas pramugari dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABRINA Mustafa menunjukkan kek dan biskut buatannya ketika ditemui di Nilai, Seremban, semalam.

SEREMBAN – Selepas diberhentikan tugas sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan, Sabrina Mustafa, 42, tidak menoleh kebelakang apabila dia mengisi waktu dengan mempelajari pembuatan kek dan biskut.

Dia mempelajarinya daripada ibunya sendiri, Norizah Mohd. Noor di Butterworth, Pulau Pinang selama enam bulan ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain ketiadaan jadual penerbangan ketika ekoran halangan ke luar negara.

“Selepas terkesan akibat PKP dan tidak mempunyai sebarang penerbangan kerana saya bukan kru aktif, saya tersangkut pula di rumah keluarga di Pulau Pinang selama enam bulan dan pada waktu itulah saya sempat mempelajari membuat beberapa jenis kuih raya dan kek dengan ibu yang sememangnya penjual kuih raya.

“Saya mula menjual Kek Stim Puding Karamel bermula dengan lapan biji yang ditempah pelanggan melalui media sosial dan sehingga kini saya mampu menjual 300 biji kek sebulan. Menjelang perayaan Aidilfitri, memang saya akui kini tidak menang tangan menerima tempahan pelanggan,” katanya ketika ditemui di Nilai, semalam.

Ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak berusia tiga hingga lapan tahun itu menambah, dia menjual sebanyak empat jenis kek iaitu Kek Stim Puding Karamel, Kek Coklat Moist, Kek Rainbow Rasberry Sos dan Kek Marble Kukus manakala biskut yang dijual adalah Butterscotch Crispy, Teratai dan Nestum Meletop.

“Sehingga kini saya tidak menyangka jualan kek dan biskut raya ini mendapat sambutan selepas lapan bulan menjalankan perniagaan di rumah.

“Sebelum ini, saya juga ada menghantar biskut dan kek di beberapa buah kafe dan mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan yang memberitahu Kek Stim Puding Karamel buatan saya sedap dan tidak manis,” katanya.

Jelas Sabrina, orang ramai yang ingin membuat tempahan kek dan biskut sempena Aidilfitri boleh melakukannya menerusi akaun Facebook miliknya iaitu Camilo By Sabby.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI