fbpx

Neelofa, keluarga dikompaun RM60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar perkahwinan Neelofa yang tular di media sosial sehingga mendapat kecaman ramai sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Selebriti terkenal, Neelofa dan ahli keluarganya termasuk suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kompaun yang tidak dibenarkan diskaun itu selepas pihak berkuasa mendapati selebriti berkenaan melakukan dua kesalahan manakala PU Riz satu kesalahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka berlangsung.

Katanya, pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.

Haris dikompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai polis.

Sementara itu, 20 ahli keluarga pasangan itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang kerana gagal menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI