fbpx

Bomba bantu selamatkan mangsa dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang membantu mengeluarkan mangsa dihempap sebarang pokok di tepi Jalan Perak, Jelutong di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Pasukan bomba sedang berusaha membantu mengeluarkan mangsa di dalam sebuah kereta Proton Wira yang dihempap sebatang pokok tumbang di tepi Jalan Perak, Jelutong di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu menyebabkan pemandu kereta tersebut dipercayai gagal menyelamatkan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pad pukul 9.38 lagi tadi dan bergegas ke tempat kejadian.

“Terdapat sebuah kereta Proton Wira di bawah pokok yang tumbang itu. Ada mangsa yang terperangkap dan jumlah mangsa masih belum dikenalpasti.

“Kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan dan operasi menyelamat turut dibantu oleh agensi-agensi lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, berlaku kesesakan di tempat kejadian berikutan laluan tersebut digunakan penduduk setempat ke pusat bandar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI