fbpx

Skuad The Bos Gaurus pamer prestasi longlai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE Paula (kiri) gagal memanfaatkan peluang di depang gawang yang dikawal kemas penjaga gol, Norazlan Razali (kanan) pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin. – ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh AZIZAN HASHIM

KETUA jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt tidak muncul pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Perak, Ipoh kerana dipercayai semakin tertekan dengan prestasi buruk pasukan itu selepas tewas 0-1 kepada Melaka United kelmarin.

Sebaliknya penolong jurulatih, Mohd. Shahril Nizam Khalil bertindak berani tampil untuk menjawab soalan pihak media selepas tamat perlawanan.

“Yee Fatt tidak ada jadi saya akan layan tuan-tuan,” kata Shahril.

SHAHRIL NIZAM

Pada aksi di Stadium Perak itu, jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-60 sudah cukup buat pasukan pelawat membawa pulang tiga mata berharga.

Menurut Shahril, seluruh pasukan kecewa dengan kegagalan mereka memanfaatkan aksi di laman sendiri meskipun telah mencipta banyak peluang di depan gawang lawan.

“Kami cipta beberapa peluang tetapi tiada malangnya tiada pen­yudah,” katanya.

Walaupun tidak menyatakannya tetapi kekecewaan besar Pe­rak ialah terhadap pemain naturalisasi, Guilherme de Paula yang memiliki peluang menghasilkan jaringan.

Peminat juga kecewa de­ngan aksi longlai Raianderson Da Costa atau lebih dikenali dengan gelaran Careca.

“Entah apa gerangan yang menimpanya saya tidak tahu kerana semasa latihan dia okey sahaja,” katanya.

Penolong jurulatih itu, me­ngakui Perak semakin tertekan selepas kekalahan itu dan kini perlu bangkit dalam aksi bertemu Sabah minggu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI