fbpx

Mimpi gigi tercabut petanda anak ‘pergi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan sedih melihat jasad kedua-dua mangsa di Klinik Lanchang, Temerloh kelmarin.

TEMERLOH – Perasaan tidak se­­dap hati seorang bilal masjid selepas bermimpi giginya terca­but bagaikan menjadi petanda buruk apabila anak sulungnya, Muhammad Fitri Fahmy Hashim maut dipanah petir ketika memancing di sebuah kolam semalam.

Hashim Hassan, 53, berkata, sejak bermimpi kesemua gigi bahagian atasnya tercabut tiga hari lalu, dia berasa pelik dan pe­rasaannya tidak menentu serta sentiasa berasa berdebar-debar.

“Dalam mimpi itu semua gigi bahagian atas saya gugur satu persatu dan sebelum itu saya juga bermimpi dikejar ular bagaikan petanda tidak baik.

“Saya sudah merasai ada sesuatu yang berlaku kepada keluarga terdekat kerana hati sentiasa berdebar-debar tetapi tidak menyangka ia membabitkan anak sulung daripada tiga beradik,” katanya di sini semalam.

Kelmarin keseronokan enam sahabat memancing di sebuah kolam berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya maut dipanah petir ketika berteduh di bawah sebatang pokok di Kolam Ikan Kampung Cempaka di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu kedua-dua mangsa iaitu Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20, dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim,27, pergi memancing ke kolam berkenaan.

Menurut Hashim dia yang be­kerja di sebuah kilang di Menta­kab hanya mengetahui mengenai kejadian selepas dimaklumkan rakannya.

“Saya bergegas ke Klinik Lanchang dan luluh rasa hati apabila satu-satunya anak lelaki yang masih bujang maut dipanah petir tetapi kami sekeluarga reda de­ngan ketentuan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Ramlah Abd. Rani, 45, berkata, dia tidak me­nyangka tindakan Muhammad Farhan yang bekerja di Bera balik ke kampung setiap minggu sejak dua bulan lalu menjadi petanda kehilangannya buat selamanya.

Dia berkata, sebelum ini anak keempat dari enam beradik yang bekerja di Bera itu kebiasaan akan pulang ke rumahnya di Kampung Rantau Panjang setiap bulan selepas gaji.

“Muhammad Farhan anak yang periang, kelakar dan menjadi harapan keluarga. Saya sangat sedih kehilangan anak terutama menjelang Aidilfitri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI