fbpx

Tuchel rencana kemaraan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Chelsea giat menjalani latihan menjelang aksi menentang Real awal pagi esok. – TWITTER CHELSEA

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menggesa pemain-pemainnya menimba pengalaman berharga menjelang aksi separuh akhir menentang Real Madrid di Stadium Alfredo Di Stefano awal pagi esok.

Chelsea melayakkan diri ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2014 selepas membawa masuk beberapa pemain baharu seperti Timo Werner, Kai Havertz dan Hakim Ziyech pada saingan musim ini.

Meskipun sedar kemampuan yang dimiliki Real, namun Tuchel percaya barisan pemain mudanya mampu bersaing dengan skuad kendalian Zinedine Zidane itu.

“Zidane memiliki rekod yang sangat baik dalam Liga Juara-Juara kerana pernah memenangi­nya tiga kali berturut-turut. Secara jujur, sangat mustahil untuk ulanginya.

“Mereka pasukan yang sangat berpengalaman dan akan turun sebagai pasukan pilihan. Bagaimanapun, kami juga ada motivasi tersendiri untuk perlawanan itu,” kata Tuchel.

Dalam pada itu, beliau juga percaya pemain tengah, Mateo Kovacic mungkin tidak dapat diturunkan kerana masih belum pulih daripada kecederaan hamstring.

“Dia (Kovacic) masih belum turun menjalani latihan bersama pasukan, namun saya harap boleh gunakan khidmatnya secepat mungkin. Kami perlu berjuang tanpa Kovacic bertemu Real,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI