fbpx

West Brom kempunan raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVIS (kiri) meledak gol penyamaan buat Villa pada masa kecederaan untuk menafikan hajat West Brom untuk membawa pulang kemenangan. – AFP

LONDON – Pengurus West ­Bromwich Albion, Sam Allardyce mengakui kecewa selepas me­nyaksikan pasukannya gagal meraih mata penuh menentang Aston Villa di Villa Park awal pagi semalam.

The Baggies bangkit daripada ketinggalan untuk mendahului perlawanan 2-1 hasil jaringan Matheus Pereira dan Mbaye ­Diagne biarpun ketinggalan dengan gol Anwar El Ghazi pada minit kesembilan perlawanan.

Bagaimanapun, ketika mereka bersedia untuk meraikan kemenangan tersebut, Villa berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi Keinan Davis ekoran kesilapan yang berlaku di bahagian pertahanan.

“Saya sangat kecewa. Penyokong juga pasti turut terkilan kerana kami gagal memenangi perlawanan ini ekoran gol minit terakhir pasukan lawan.

“Jika kami memenangi perlawanan ini, saya fikir harapan untuk kami masih ada. Kami layak untuk menang tetapi kesilapan individu membuatkan kami terlepas peluang itu.

“Namun, saya gembira melihat aksi dipamerkan pemain. Kami membuktikan pasukan ini masih memiliki semangat melawan yang boleh dibanggakan,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI