fbpx

2,776 kes baharu, 13 kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,776 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 395,718 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara, manakala sebanyak 2,773 kes merupakan penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 mencatatkan sebanyak 24,713 kes.

“Terdapat 13 kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia sebanyak 1,449 kes.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,803 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 369,556 kes,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 300 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 133 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI