fbpx

1,305,161 individu terima suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 1,305,161 individu telah menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya memaklumkan, seramai 800,996 orang telah menerima dos pertama manakala 504,165 orang menerima dos kedua.

“Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin tertinggi ialah Selangor (70,512), Sarawak (51,931), Perak (50,035), Sabah (45,602) dan Kuala Lumpur (44,379),” katanya.

Beliau berkata, sehingga semalam 9,277,999 atau 38.20 peratus telah berdaftar untuk menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

“Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran yang tertinggi iaitu sebanyak (2,416,523) diikuti Johor (1,156,453), Kuala Lumpur, Sarawak (868,471) (738,946) dan Pulau Pinang (642,649),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI