fbpx

Dugaan tauke bas muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad FAEEZ bergambar dengan bas persiaran miliknya yang kini tidak dapat digunakan disebabkan kekangan PKP sejak dua tahun lalu.

SEBERANG PERAI – Pada usia yang baru sahaja mencecah 29 tahun, Mohamad Faeez Yusof telah memberanikan diri untuk mengambil risiko yang besar dengan menubuhkan syarikat bas persiaran sendiri kira-kira dua tahun lalu.

Sempat beroperasi hanya beberapa kali sahaja, dia yang berpengalaman sebagai pemandu bas selama lima tahun itu bagaimanapun terpaksa ‘mengalah’ disebabkan kekangan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan Covid-19, Mac tahun lepas.

Sejak itu juga, basnya ‘tersadai’ dan dia bersama isterinya kini melakukan apa sahaja pekerjaan yang boleh mendatangkan duit.

Buat masa ini katanya, mereka lebih banyak berniaga kuih-muih sahaja termasuk di bazar Ramadan selain berniaga juadah yang sama pada sebelah pagi ketika hari biasa.

“Boleh dikatakan, wang simpanan yang saya ada juga telah habis digunakan ketika ini dan berharap kepada perniagaan ini sahaja untuk meneruskan kehidupan.

“Pada masa yang sama, saya juga terpaksa menanggung bebanan hutang yang besar dengan syarikat pinjaman kredit seba­nyak RM5,500 sebulan hingga ke hari ini,” katanya yang berharap agar isu tersebut dapat diselesaikan seberapa segera kerana ia benar-benar menghimpit serta menekan kehidupannya ketika ini.

Mohamad Faeez ditemui semasa menghadiri Majlis Sumbangan Barangan Dapur untuk pemandu dan pengusaha bas anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Persatuan

Kebajikan Pengusaha dan Pemandu Bas Utara atau Gabungan Pengusaha Bas Persiaran (GPBP) Zon Utara di Batu Kawan, di sini semalam.

Hadir menyerahkan sumbangan tersebut ialah Pengarah Yadim negeri, Mohd. Afifi Ruslan serta Pengerusi GPBP Zon Utara, Ahmad Ruslan.

Sebanyak 100 pemandu serta pengusaha bas di sini menerima sumbangan tersebut ber­upa barangan keperluan harian se­perti beras, biskut, kicap dan sebagainya itu yang dibahagikan kepada tiga peringkat bermula hari ini hingga 8 Mei depan.

Bagi seorang lagi pemandu bas, Hasnan Nizan Abdullah, 50, bantuan yang dihulurkan oleh Yadim itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung ketika ini apatah lagi kebanyakan mereka kini tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.

Dalam pada itu, Mohd. Afifi memberitahu, pihaknya terpanggil untuk menyerahkan bantuan tersebut selepas menerima surat daripada GPBP Zon Utara yang memohon sumbangan kepada pemandu serta pengusaha bas yang terjejas akibat PKP sejak tahun lepas.

“Di bawah program Yadim Pe­duli, sebanyak RM5,000 akan diberikan kepada mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI