fbpx

Lepas gian serbu bazar Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pihak berkuasa yang bertugas untuk memantau pergerakan orang awam di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Orang ramai bagaikan tidak peduli dengan larangan merentas negeri dan peningkatan penularan jangkitan Covid-19 apabila menyerbu kawasan tumpuan jualan kelengkapan hari raya bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Tinjauan di bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), plaza jualan borong dan uptown di sekitar Lembah Klang mendapati, orang ramai berpusu-pusu memasuki kawasan gerai dan tidak kisah untuk beratur panjang ketika hendak mendaftar masuk.

Ibarat semut menghurung gula, gerai jualan semakin menjadi tumpuan pada sebelah petang membawa selepas berbuka puasa. Berdasarkan situasi itu tidak mustahil jumlah pengunjung akan bertambah ramai menjelang hari raya.

Sebahagian orang awam meluangkan masa hujung minggu dengan berkunjung di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman yang diadakan pada setiap hujung minggu. -AMIR KHALID

 

Terdapat banyak alasan yang diberi dan yang paling popular ialah mereka tidak mahu ber­sesak pada saat akhir dan ingin melepaskan gian membeli-belah walaupun tidak dibenarkan pulang ke kampung menyambut lebaran.

Pengunjung juga seakan membalas dendam kerana tidak dapat berbuat demikian pada Ramadan tahun lalu ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di bazar Aidilfitri Lorong TAR, tinjauan mendapati pengunjung sanggup beratur dan menunggu giliran masuk ke kawasan jualan.

Seorang juruteknik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jaafar Ripin, 55, berkata, dia dan isterinya, Rafeah Sukiran, 52, sanggup menunggang motosikal dari Sepang untuk membeli kelengkapan hari raya di situ.

“Lorong TAR menjadi destinasi wajib untuk membeli barang raya selama lebih sedekad. Tahun lalu tidak dapat pergi kerana PKP dan kini saya membeli kurta, tudung, kerongsang dan kain pelekat,” katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, sejak penularan pandemik mereka hanya berbelanja secara sederhana pada saat-saat akhir.

Seorang lagi pengunjung, Juliah Sabran, 35, berkata, dia mendapati peniaga turut menawarkan potongan harga menarik terutamanya bagi pakaian wanita dan kanak-kanak.

“Ada juga busana yang dijual bukanlah corak terkini tetapi tidak mengapa asalkan cantik dan berkualiti jika pandai pilih.

“Membeli-belah sebegini juga lebih memberi kepuasan berbanding dilakukan secara online,” katanya.

Sementara itu di Klang, Se­langor, tinjauan di pusat borong GM Klang di Bandar Botanic mendapati, antara barangan yang menjadi tumpuan termasuk baju kurung, tudung, langsir, aksesori rumah dan karpet.

Seorang pengunjung, Shamsiah Ibrahim, 45, sanggup datang awal kerana tidak mahu bersesak jika menunggu pada saat akhir.

“Saya tidak menukar banyak barang baharu sebaliknya sekadar membeli karpet dan beberapa aksesori rumah yang lain untuk membangkitkan suasana ceria memandangkan tahun ini kita sudah boleh beraya dalam daerah yang sama,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Shamsul Md. Shah, 45, berkata, selain mencari baju raya, dia turut membeli kelengkapan rumah.

“Kena cepat kerana bimbang jika kerajaan umum PKP balik. Sedih juga tak dapat balik Melaka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI