fbpx

Mora tempelak sikap pemain TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORA mendakwa pemain-pemain TFC sengaja membazirkan masa untuk mengganggu rentak JDT.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas skuad kendaliannya tewas buat pertama kali pada musim ini di tangan Terengganu FC (TFC) sekali gus rekod tanpa kalah mereka sejak 2019 lebur.

Tersentak dengan kekalahan itu, Mora tampil menempelak pasukan lawan yang disifatkan tiada semangat kesukanan apabila menggunakan pelbagai helah untuk menewaskan JDT.

“Setelah memperoleh gol, mereka menggunakan pelbagai helah termasuk taktik membazir masa dan menjatuhkan diri di atas padang. Saya rasa itu arahan diterima pemain lawan setelah mereka sedar tidak mampu mengekang asakan JDT.

“Saya tak suka dengan stra­tegi seperti itu, ia merosakkan ke­indahan perlawanan bola sepak. Mereka tidak menunjukkan semangat kesukanan yang sebenar dan ini boleh fahami apabila mereka tak mampu menyaingi JDT.

“Penjaga gol lawan rebah lima kali disebabkan mengalami kekejangan. Bagaimana dia boleh mengalami kekejangan sedangkan dia tidak banyak bergerak sepanjang perlawanan, ini tidak masuk akal,” katanya.

Kali terakhir pasukan Harimau Selatan itu tewas adalah ketika ditundukkan Petaling Jaya City FC 0-1 dalam perlawanan Liga Super di tempat sendiri pada 16 Julai 2019.

Pengendali kelahiran Mexico itu berkata, taktikal pasukan pelawat yang banyak bertahan di kawasan sendiri menyukarkan skuad Harimau Selatan mendapatkan jaringan selain ketumpulan penyudah.

“Kami kalah kepada pasukan yang bertahan sepanjang perlawanan dengan 11 pemain berada di kawasan mereka sendiri. Ini menyukarkan kami untuk mencipta gerakan.

“Bagaimanapun, kita masih mampu mencipta peluang, namun tiada sentuhan penyudah yang baik untuk melakukan jari­ngan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI