fbpx

Wanita pukul ibu dengan penyapu ditangkap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita yang memukul ibunya dengan penyapu ditahan di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang wanita yang didakwa memukul ibunya dengan penyapu pada Khamis lalu ditahan polis di sebuah rumah di Flat Bagan Dalam, Butterworth di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan pihaknya kira-kira pukul 11.20 pagi.

“Siasatan ke atas suspek mendapati dia tidak mengaku memukul ibunya dengan penyapu dan telefon bimbit.

“Namun, kita menahan reman suspek selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorzainy berkata, polis turut merampas sebatang penyapu plastik yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul ibunya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing bagaimanapun mendapati dia negatif dadah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi Khamis lalu, ibu suspek berusia 59 tahun mendakwa dipukul beberapa kali pada lengan dan kepalanya diketuk dengan telefon bimbit di rumah yang didiami suspek di Pangsapuri Sri Bagan di Butterworth.

Kejadian itu berlaku selepas ibu suspek menghalau rakan lelaki suspek ketika mendapati kewujudan lelaki itu di dalam rumah berkenan semasa dia baru tiba untuk melawat anaknya itu.

Suspek yang dikatakan penagih dadah tegar tersebut berbuat demikian selepas berang dengan tindakan ibunya itu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI