fbpx

Penyerang tumpul, Cheng Hoe tidak panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain yang berpotensi dipanggil skuad kebangsaan perlu berusaha keras mendapatkan minit permainan dan berlatih secara intensif bermula sekarang. – FB FAM

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan menekan butang panik selepas menyaksikan para penyerang tempatan kurang menyerlah dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sebagai rekod, saingan Liga M khususnya carta penjaring terbanyak musim ini masih lagi dikuasai oleh pemain import dengan bintang skuad kebangsaan dilihat gagal mempamerkan pres­tasi yang diharapkan.

Bagaimanapun, Cheng Hoe percaya situasi itu adalah normal tetapi dalam masa yang sama menyeru agar pemain yang berpotensi untuk mewakili skuad Harimau Malaya pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun depan dapat menemui kembali sentuhan mereka.

Kata Cheng Hoe, semua pemain negara perlu bertanggungjawab dalam usaha mendapatkan minit permainan pada saingan ketika ini selain melakukan latihan intensif.

“Seperti biasa, kita memang tahu rekod jaringan pada sai­ngan Liga M pasti akan dikuasai oleh penyerang import sekali gus menyaksikan pemain-pemain negara kurang minit permainan.

“Saya tidak boleh ubah fakta tersebut dan kena hormati keputusan setiap ketua jurulatih pasukan kerana mereka juga ada misi tersendiri. Justeru, saya harap semua pemain yang berada dalam radar terus bekerja keras sekali gus tidak kekok untuk bersaing secara kompetitif apabila dipanggil ke kem skuad kebangsaan nanti,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan beraksi di kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan untuk mengharungi baki saingan Kumpulan G.

Cheng Hoe akan mengatur strategi untuk bertemu dengan UAE pada 3 Jun depan, disusuli dengan aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Pasukan negara ketika ini menduduki tangga kedua Kumpulan G selepas mengutip sembilan mata dengan melakar tiga kemenangan daripada lima perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI