fbpx

Rihanna beli dua buah rumah mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIHANNA

PENYANYI popular Rihanna dilaporkan telah membeli sebuah lagi rumah mewah bernilai AS$10 juta (RM41 juta) baru-baru ini.

Menurut laporan The News, rumah baharu Rihanna terletak bersebelahan dengan sebuah lagi kediaman mewah miliknya yang dibeli beberapa bulan lalu dengan harga AS$13.8 juta (RM56.7 juta).

Pemilikan hartanah mewah oleh Rihanna cukup menunjukkan kekayaan yang dimilikinya setanding dengan bintang berbakat besar lain seperti Beyonce, Madonna dan Jennifer Lopez.

Malah, penyanyi yang mula meningkat naik menerusi lagu Umbrella itu juga telah diiktiraf sebagai salah seorang pemuzik paling kaya di dunia oleh Forbes.

Antara sumber kekayaan terbesar Rihanna adalah menerusi perniagaan yang dimiliki bersama syarikat LVMH untuk jenama Fenty Beauty. Jualan pakaian Savage x Fenty juga dilaporkan mencecah angka yang sangat luar biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI