fbpx

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja mampu pulih ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Langkah kerajaan membuka Program Rekalibrasi Tenaga Kerja untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ada di negara ini kepada majikan dalam subsektor perkhidmatan disambut baik oleh semua majikan di negara ini.

Presiden Parti Iman Malaysia, Datuk Mohammed Mohsin Abdul Razak berkata, langkah berkenaan dilihat dapat memulihkan kembali ekonomi negara yang sebelum ini terjejas ekoran kekurangan tenaga kerja.

Namun katanya, majikan perlu mengikuti segala ketetapan oleh kerajaan seperti pengambilan biometrik dan sebagainya bagi membantu mempercepatkan pelaksanaan program ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melalui gerak kerja dan keprihatinannya, Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja telah dipersetujuinya.

“Jutaan terima kasih juga kepada jemaah menteri yang menjadi penggerak serta pencetus solusi jangka masa pendek dan panjang kepada masalah tenaga kerja yang berterusan bagi industri-industri yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammed Mohsin berkata, pelan ini dijangka akan memberi kelegaan dan masa untuk industri terlibat merancang serta menyampaikan satu pelan tenaga kerja yang lebih komprehensif kepada kerajaan.

“Disamping itu juga, kebergantungan industri kepada tenaga kerja asing akan berkurangan dari aspek rancangan latihan kemahiran dan bantuan kewangan yang membolehkan menaik taraf teknologi serta kajian yang lebih menyeluruh.

“Parti Iman sedia bekerjasama dengan Perdana Menteri serta kementerian-kementerian yang terlibat untuk mencari penyelesaian jangka panjang yang lebih menyeluruh,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI