SHAH ALAM – Berat badan makin bertambah, namun terus memakai cincin yang dianggap tuah serta mempunyai kenangan menjadi penyebab berlakunya kes cincin tersangkut pada jari khususnya wanita. Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menunjukkan sebanyak 60 kes direkodkan pada tahun lalu dan pada tiga bulan pertama tahun ini sahaja sebanyak 24 kes telah dilaporkan. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, rata-rata mangsa berusia 30 hingga 40 tahun dengan cincin yang dipakai telah lama berada pada jari mereka.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya