fbpx

Pasangan tinggal sebumbung dengan singa gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI jinak seperti kucing peliharaan di rumah di sebalik saiznya yang besar. – Instagram

MOSCOW – Sepasang kekasih di Rusia tinggal bersama seekor singa gunung atau cougar di apartmen mereka sejak tiga tahun lalu, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.

Aleksandr dan Maria Dmitriev membela singa gunung itu yang diberi nama Messi. Singa gunung adalah spesies kucing kedua terbesar di Benua Amerika selepas jaguar.

Messi dilahirkan di sebuah zoo haiwan jinak dan menjalani hidup seperti kucing rumah.

Pasangan itu bagaimanapun sedar Messi merupakan haiwan pemangsa dan ia mungkin akan mencabar tuannya satu hari nanti.

Namun, mereka telah mengambil langkah-langkah untuk mengekang sisi liar Messi.

Aleksandr dan Maria yang kedua-duanya merupakan ahli psikologi amat menyukai kucing, namun tidak pernah mengimpikan untuk tinggal sebumbung dengan seekor singa gunung.

Pada 2018, pasangan itu mendapat tahu tentang kewujudan Messi yang memerlukan penja­gaan kesihatan di sebuah zoo haiwan jinak di Penza, barat Rusia dan membuat keputusan membeli cougar jantan itu.

Mereka membawa Messi pulang dan menjaganya sehingga ia sihat. Mereka juga menyedari mahu terus menjaga Messi.

Messi akan berkelakuan seperti seekor kucing besar dan pasangan itu terpaksa mengubah lorong dalam apartmen mereka menjadi kawasan Messi dengan meletakkan panel buluh yang mampu menahan kukunya yang tajam.

Messi juga dilatih oleh seorang pelatih anjing dan boleh mengikut arahan mudah seperti ‘duduk’, ‘jangan’ dan ‘mari ke sini’.

Pasangan itu berkata, pengalaman bersama messi adalah positif, namun mengakui berdepan cabaran dalam menjaga singa gunung itu.

Antaranya termasuk mereka tidak boleh pergi bercuti kerana Messi memerlukan penjagaan sepenuhnya, manakala mereka juga tidak boleh keluar bersantai bersama rakan-rakan.

Kos makanan mentah Messi juga amat tinggi iaitu sekitar AS$600 (RM2,466) sebulan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI