fbpx

Main kayu tiga kerana tamakkan hadiah hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Miyagawa menipu tarikh lahirnya terhadap setiap mangsa untuk mendapatkan hadiah hari lahir. – Newsflash/Daily Star

KANSAI, JEPUN – Taktik seorang lelaki bercinta dengan 35 wanita serentak demi mendapatkan banyak hadiah hari jadi terbongkar apabila dia ditangkap kerana menipu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Takashi Miyagawa, 39, berpura-pura menjalinkan hubungan serius dengan kesemua mangsa serta memberitahu tarikh lahir yang berbeza kepada setiap wa­nita berkenaan

Menurut salah seorang mang­sa, Miyagawa memberitahu ba­ha­wa ulang tahun kelahirannya adalah pada 22 Februari, manakala seorang mangsa lain pula mendakwa diberitahu tarikh berbeza iaitu pada bulan April.

Ulang tahun kelahiran sebenar lelaki itu adalah pada 13 November.

Miyagawa dituduh menipu kesemua wanita berkenaan. Mereka mengalami kerugian sebanyak 100,000 yen (RM3,809.7) merangkumi perbelanjaan hadiah hari lahir, pakaian serta wang tunai.

Miyagawa menemui mang­sanya ketika dia bekerja sebagai jurujual sebuah syarikat pemasaran yang menjual produk pancuran mandian.

Dia dilaporkan menyasarkan wanita bujang dan memulakan hubungan cinta serta berjanji untuk mengahwini mereka.

Bagaimanapun, rancangan liciknya terbongkar apabila semua mangsa berpakat dan mela­porkan kegiatan Miyagawa kepada polis pada Februari lepas.

Menurut blog berita SoraNews24, jumlah mangsa lelaki itu setakat ini adalah 35 orang, namun angka itu dipercayai akan meningkat.

Pada masa ini, siasatan polis terhadap kes itu masih diteruskan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI