fbpx

Aguero ketuai jentera serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGUERO (tengah) akan diberikan peluang untuk turun sebagai penggempur utama dalam usaha City meraih trofi pertama musim ini. – TWITTER MAN. CITY

MANCHESTER – Penyerang prolifik Manchester City, Sergio Aguero berpeluang untuk membuat penampilan dalam kesebelasan utama pasukan itu menje­lang aksi final Piala Liga Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Stadium Wembley malam ini.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman City itu sekurang-kurangnya boleh menjadikan gelaran tersebut sebagai hadiah perpisahan apabila bakal me­ninggalkan kelab berkenaan sebaik kontraknya tamat hujung musim ini

Aguero, 32, jarang mendapat minit permainan bersama City musim ini selepas dilanda pelbagai masalah kecederaan selain terpaksa dipinggirkan selama sebulan kerana positif pandemik Covid-19.

Pengurus City, Pep Guardiola memberi bayangan mahu me­nurunkan Aguero dan seorang lagi pemain yang baru pulih da­ripada kecederaan pergela­ngan kaki, Kevin De Bruyne untuk aksi bertemu Spurs malam ini.

Pengendali dari Sepanyol itu tetap mengambil serius final Piala Liga England meskipun pa­sukannya sudah memenanginya tiga musim berturut-turut sejak 2018 hingga 2020.

“Saya akui Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah dua kejohanan yang le­bih penting. Namun, tiada sesiapa mahu kalah apabila anda beraksi di pentas final, tidak kisah dalam apa kejohanan sekalipun.

“Kalau boleh kami mahu menang Piala Liga Inggeris ini buat kali keempat berturut-turut walaupun kami akan berdepan PSG (Paris Saint-Germain) untuk Liga Juara-Juara selepas ini,” kata Guardiola.

Selepas bertemu Spurs malam ini, The Citizens akan bertandang ke Parc des Princes menentang PSG untuk separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (29 April) sebelum kembali membuat persiapan berdepan Crystal Palace dalam aksi EPL pada 1 Mei depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI