fbpx

Isteri kru KRI Nanggala kongsi perbualan terakhir dengan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar akaun TikTok @megdhi yang berkongsi perbualan terakhir bersama suaminya serta video dan gambar kahwin mereka. – TikTok @megdhi/Suara.com

JAKARTA – Tragedi kehilangan kapal selam Indonesia, KRI Nanggala-42 membawa kedukaan kepada ahli keluarga anak kapal yang terlibat termasuk seorang isteri yang baru dua bulan berkahwin, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi akaun TikTok @megdhi, wanita tersebut berkongsi gambar, video serta perbualan terakhir bersama suaminya menerusi aplikasi WhatsApp yang menyentuh hati netizen.

“Apa pesanan Abang?” tulisnya di perbualan tersebut.

“Jaga kehormatan diri, jaga kakak, jaga semua,” balas suaminya yang turut dipanggil ‘sayang’ itu.

Pesanan terakhir suaminya dihantar pada pukul 2.13 pagi Selasa lepas yang berbunyi, “Kenapa sayang?”

“Rindu,” balas wanita berkenaan dalam mesej yang hanya mempunyai satu tanda terima, bererti mesej tersebut tidak sampai kepada suaminya.

Mula berasa tidak sedap hati, wanita berkenaan kembali mengirim pesanan yang berbunyi, “Cepat pulang,” yang turut tidak diterima oleh suaminya.

Meskipun tanpa balasan, dia tetap menghantar beberapa pesanan ringkas selepas itu dengan harapan suaminya akan membalas pesanan-pesanan tersebut.

“Bertahan ye, sayang. Cepat pulang, isterimu sedang menantimu di rumah #prayforNanggala402,” tulisnya.
Selain tangkap layar perbualan tersebut, wanita itu turut berkongsi gambar dan video pada hari perkahwinannya yang berlangsung pada 24 Februari lepas.

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian netizen dengan lebih 156,000 pengguna menyukai hantaran tersebut yang turut dibanjiri dengan ucapan doa dan simpati pengguna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI