fbpx

Kondominium jadi ‘calling center’ diserbu, empat diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian individu yang ditahan dalam serbuan di unit kondominium di Jalan Jalil Perwira 2, Bukit Jalil, semalam.

PETALING JAYA – Taktik sebuah sindiket judi online menjadikan kondominium di Jalan Jalil Perwira 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur di sini sebagai pusat ‘calling center’ atau pusat panggilan sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila diserbu polis, semalam.

Menerusi serbuan sekitar pukul 1.20 tengah hari itu, tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 18 tahun hingga 24 tahun turut diberkas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, serbuan yang dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur turut merampas pelbagai barangan yang digunakan bagi kegiatan itu.

“Antara barangan yang dirampas adalah telefon bimbit, monitor, set komputer dan lain-lain yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM30,000.

“Semakan mendapati kesemua suspek berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan akan direman hari ini untuk siasatan lanjut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati sindiket tersebut mempromosikan judi online bagi pasaran tempatan dan premis tersebut telah beroperasi sebagai ‘calling center’ sejak tiga bulan lalu dengan bayaran sewa RM4,000 sebulan.

“Setiap pekerja pula menerima upah di antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dan kegiatan itu juga dipercayai mampu meraih keuntungan harian sebanyak RM10,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI