fbpx

Lelaki melecur 60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota BBP Larkin memberi rawatan kepada seorang lelaki yang melecur 60 peratus ketika cuba membunuh diri dalam kejadian di Kubur Jepun, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru sebentar tadi. Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki melecur 60 peratus apabila cuba membakar dirinya sendiri dalam kejadian di Kubur Jepun, Jalan Kebun Teh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, mangsa berusia lingkungan 40-an bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian itu.

Difahamkan, mangsa cuba membunuh diri akibat tekanan hidup yang dihadapinya.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd. Rafie Sareng berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.40 malam.

“Dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 11 anggota dan api telah berjaya dipadamkan orang awam.

“Mangsa mengalami melecur tahap 1 sebanyak 60 peratus daripda keseluruhan badan,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd. Rafie berkata, mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal (first aid) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Operasi ditamatkan pada pukul 7.53 malam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI