fbpx

Kondominium jadi makmal proses dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan rampasan dadah hasil serbuan ke atas sindiket Ah Chuan di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya membongkar kegiatan sindiket Ah Chuan dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.05 juta dalam operasi khas melibatkan enam serbuan di daerah ini antara Selasa hingga Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor membuat rampasan dadah itu dibuat susulan penahanan 10 orang suspek termasuk seorang wanita berusia 21 hingga 51 tahun.

Katanya, antara dadah yang dirampas ialah 2.1 kilogram (kg) syabu, 450 gram (g) heroin, 3.8g ganja, 110g magic mushroom, 12g ketamin, 10 biji pil eramin 5 dan lima biji pil ekstasi kira-kira bernilai RM88,000.

“Susulan penahanan berkenaan, polis berjaya membongkar operasi sebuah stor pemprosesan serbuk ekstasi di sekitar kawasan Johor Bahru dan merampas 49kg serbuk ekstasi bernilai RM2.96 juta.

“Modus operandi kegiatan sindiket dadah ini adalah dengan menyewa kondominium mewah berpengawal dan berpagar untuk dijadikan stor pemprosesan dadah dan dipercayai sudah beroperasi sejak setahun yang lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Dalam serbuan tersebut, polis turut menyita lima buah kereta pelbagai jenis, merampas wang tunai RM2,175 dan dua sitaan akaun bank dengan nilai sitaan RM1,584 serta merampas peralatan memproses dadah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI