PETALING JAYA – Jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis kini dipangku oleh Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Perlis.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Azlan mengambil alih jawatan tersebut daripada penyandang terdahulu Datuk Seri Shahidan Kassim.
“Pertukaran ini berkuat kuasa mulai hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Shahidan Kassim sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” katanya. – K! ONLINE