fbpx

Pelajar maut lepas berbuka puasa di LPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal ditungganfi Muhammad Amirul Aiman yang terlibat dalan kemalangan di Kilometer 330.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Kerteh, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Keriangan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkonvoi motosikal bersama rakan-rakan selepas berbuka puasa bersama-sama berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 330.4, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Kerteh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, Muhammad Amirul Aiman Ruzailan,17, meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan selepas motosikal jenis Yamaha Y15Z ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori tanpa muatan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan sama turut menyebabkan rakan mangsa, Wan Farizuan Wan Jusoh, 27, yang menunggang motosikal Yamaha Y15Z di belakangnya patah kaki kiri.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Amirul Aiman dan Wan Farizuan serta beberapa rakan lain menunggang motosikal untuk pulang ke rumah masing-masing di gugusan Felda Kerteh selepas berbuka puasa bersama-sama di bandar Chukai di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Y15Z ditunggangi Muhammad Amirul Aiman terlanggar belakang sebuah lori tiga tanpa muatan dipandu seorang lekaki berusia 22 tahun di hadapannya.

“Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 15 meter di tepi lebuh raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, Wan Farizuan yang juga menunggang motosikal jenis Yamaha Y15Z di belakang gagal mengelak lalu merempuh motosikal milik Muhammad Amirul Aiman yang terjatuh di tengah jalan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI