fbpx

12 selamat, tiga hilang ketika mencandat sotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeti LKIM merupakan tempat nelayan dan penduduk kampung turun untuk mencandat sotong di Kuala Besar, Kota Bharu. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Tiga lelaki dikhuatiri lemas ketika mereka keluar mencandat sotong di sekitar perairan Kuala Besar di sini petang semalam.

Mangsa, Mat Awang@Jali, 54 , Mat Harun Mohd. Nor, 55, dan Zulshahmin Danial Zulazman, 26, hilang selepas bot jenis fiber yang dinaiki mereka dipercayai terbalik.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai keluar dari kawasan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini sebelum solat Asar petang semalam diikuti empat bot lain yang dinaiki 12 lagi rakan-rakan mereka.

Tinjauan Kosmo! di jeti LKIM mendapati, setakat ini, masih belum ada sebarang petunjuk berhubung penemuan bot yang dinaiki mereka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI