fbpx

Penutupan sekolah tujuh daerah di Kelantan dilanjut hingga 1 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Penutupan sekolah-sekolah di tujuh daerah di Kelantan dilanjutkan selama seminggu lagi bermula hari ini sehingga 1 Mei depan.

Pengarah Pendidikan negeri, Zulkernai Fauzi membuat pengumuman itu dalam satu surat rasmi yang diedarkan kepada semua sekolah tujuh daerah di Kelantan malam tadi.

Menurutnya, cadangan pelanjutan penutupan sekolah itu diputuskan selepas Mesyuarat Penyelarasan Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang diadakan pada 21 April lalu.

“Jabatan Pendidikan Negeri telah memutuskan supaya tempoh penutupan semua sekolah di daerah terlibat dilanjutkan sehingga 1 Mei 2021.

“Oleh itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hendaklah diteruskan. Murid yang ada di asrama pula perlu terus kekal di asrama masing- masing,” katanya.

Tujuh daerah yang terlibat dengan penutupan sekolah adalah Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

Mengulas lanjut, menurut Zulkernai, sekolah di tiga daerah iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang masih beroperasi seperti biasa.

Sebelum ini, semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di tujuh daerah di Kelantan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditutup selama seminggu bermula 18 sehingga 24 April. -K! NONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI