fbpx

Dua pegawai kanan direman seleweng wang syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pegawai kanan sebuah syarikat pembinaan di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman hari ini.

PUTRAJAYA – Dua pegawai kanan sebuah syarikat pembinaan terbesar China yang bertapak di negara ini ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Kedua-dua suspek berusia 40 dan 50-an itu direman selepas dipercayai telah membuat penyelewengan wang syarikat dan memberi rasuah bagi tujuan melaporkan keuntungan yang tidak benar.

Menurut sumber, kedua-dua mereka merupakan pengarah urusan dan pengarah kanan kewangan di syarikat pembinaan terbabit.

“Kesemua mereka akan direman selama empat hari bagi siasatan lanjut Seksyen 16 (b) Akta SPRM,” katanya. – K!  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI