fbpx

JDT, TFC ibarat ‘buku bertemu ruas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORA mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah prestasi cemerlang yang dipamerkan pemain-pemain muda di bawah kendalian Nafuzi menjelang aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memandang tinggi kemam­puan Terengganu FC (TFC) yang te­lah membuktikan kemampuan mereka untuk menjadi pencabar utama mereka menjuarai gelaran Liga Super musim ini.

Justeru, Mora, 41, menggesa barisan pemainnya agar menghormati kemampuan Terengganu dan tidak sesekali memandang rendah skuad Penyu itu menje­lang aksi antara kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

“Terengganu adalah pasukan yang perlu diberi perhatian berdasarkan prestasi cemerlang dipamerkan pemain-pemain muda di bawah kendalian Nafuzi Zain.

“Nafuzi ialah seorang jurulatih yang telah melakukan satu tugasan dengan baik bersama pemain-pemain mudanya. Malah, setiap pasukan yang bertemu JDT pastinya akan tampil dengan motivasi berbeza.

“Namun, kami tetap positif dan boleh meneruskan apa yang kami telah lakukan sepanjang ­beraksi di Stadium Sultan Ibrahim,” katanya.

Pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan menyaksikan JDT berdepan kesukaran untuk menewaskan Terengganu apabila sekadar menang tipis 1-0 hasil jaringan Safawi Rasid pada minit kelima pada aksi Liga Super musim lalu.

Sebagai rekod, JDT kini selesa mendahului carta Liga Super dengan 23 mata, lima mata me­ngatasi Terengganu di tangga kedua dan enam mata ke atas pasukan tempat ketiga, Kedah Darul Aman FC.

Selain itu, pasukan-pasukan seperti Penang FC di tangga keempat dan Selangor FC yang menghuni tempat kelima tentu­nya mengharapkan Terengganu mampu mencipta kejutan de­ngan menewaskan JDT agar perebutan kejuaraan Liga Super kembali terbuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI