fbpx

‘Influencer’ rentas negeri dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar majlis perkahwinan di Kelantan yang dimuat naik oleh ‘influencer’ menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

PASIR PUTEH – Lima daripada 11 individu termasuk beberapa orang ‘influencer’ yang dipercayai melakukan perjalanan rentas negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kota Bharu pada Februari lalu telah dikenakan tindakan kompaun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, lima orang suspek termasuk pasangan pengantin telah dikompaun masing-masing sebanyak RM1,000 pada bulan lalu.

“Mereka dikompaun mengikut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kompaun itu dikeluarkan terhadap mereka selepas kelima-lima suspek hadir memberi keterangan kepada pihak polis bulan lalu,” katanya selepas mengadakan lawatan di sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Gong Jenarah, Gaal di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, enam lagi suspek yang bersama mereka telah dibebaskan selepas selesai memberi keterangan.

Sebelum ini, beberapa orang ‘influencer’ dipercayai telah merentas negeri secara beramai-ramai dari ibu negara untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kota Bharu.

Mereka turut memuat naik beberapa keping gambar bersama pasangan pengantin tanpa penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup separuh muka dan bersantai-santai di tepi pantai.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI