fbpx

Dulu minah kilang, kini jadi pengasas produk kecantikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRNAWATI (empat dari kanan) bersama sebahagian ejen produk kecantikan Irliya Beauty House di Johor Bahru. – RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang bekas operator pengeluaran kilang tidak menyangka hidupnya berubah hampir 360 darjah selepas membina empayar perniagaan berasaskan produk kecantikan.

Biarpun tidak memiliki pendidikan yang tinggi, berkat sabar dan usaha tidak mengenal putus asa, Irnawati Dairawi, 38, membuktikan dia mampu berjaya setanding orang lain, malah kini gah membawa nama produk sendiri, Irliya Beauty House.

Menurut anak kelahiran Kampung Pandan, Selangor itu, segalanya bermula selepas dia menjadi stokis produk kecantikan untuk dijual kepada pelanggan terutamanya pekerja kilang.

“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, saya bekerja di kilang selama lebih 20 tahun.

“Tidak pernah terfikir untuk ada bisnes sendiri, semasa jadi stokis, ramai pelanggan bertanya mengapa tidak menjual produk sendiri kerana mereka kata kulit saya cantik.

“Daripada situlah saya terdetik dan mula membuat carian di laman sosial sebelum terjumpa sebuah kilang yang menyediakan per­khidmatan produk kecantikan pada 2018,” katanya ketika ditemui di Taman Desa Mutiara di sini baru-baru ini.

Peluang yang tersedia itu digunakan sebaik mungkin oleh ibu empat anak itu dengan modal sebanyak RM5,000 yang diberikan suami, Mohammad Izuadie Zulkifly.

Setelah tiga tahun bertatih membina Irliya Beauty, Irnawati kini mampu tersenyum lebar apabila produk kecantikannya mendapat permintaan bukan sahaja di negara ini, malah di negara jiran seperti Indonesia, Si­ngapura dan Brunei.

Antara produk kecantikan yang dikeluarkan Irliya Beauty House ialah set penjagaan kulit seperti set antijerawat, set antikusam, set antijeragat berharga serendah RM10 hingga RM65.

“Tahun pertama operasi, kita mencatatkan jualan RM300,000. Tahun ini kita menyasarkan jualan RM800,000,” katanya.

Wanita itu bertuah dibantu Muhamad Nuri Mustaqqim Md. Yusof dan Muhamad Amier Hasif Mat Zahit yang menguruskan bahagian pengeluaran selain stokis dan ejen. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI