fbpx

Martin terlepas dua perlumbaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN mengalami kecederaan patah di tiga bahagian kakinya selepas terlibat dalam kemalangan pada GP Portugal minggu lalu. – AFP

LONDON – Pasukan Pramac Ducati mendedahkan, kemungkinan pelumba mudanya, Jorge Martin akan terlepas dua perlumbaan dalam saingan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas mengalami kecederaan ketika beraksi di Grand Prix (GP) Portugal minggu lalu.

Martin terlibat kemalangan teruk ketika beraksi di Portimao hingga menyebabkan dia me­ngalami kecederaan patah di tiga bahagian iaitu metacarpal ibu jari kanan, kaki kanan (pergela­ngan kaki) dan tibial kiri (lutut).

Pelumba Sepanyol itu selesai menjalani pembedahan semalam dan tempatnya itu akan diambil alih Tito Rabat pada perlumbaan di GP Sepanyol dan juga GP Perancis di Le Mans pada Mei nanti.

Rakan sepasukannya, Johann Zarco yakin Martin akan segera pulih dan akan kembali bersama pasukan selepas menampilkan aksi cukup baik ketika ini apabila menempah petak hadapan ketika bersaing di GP Doha.

“Martin sangat muda kerana dia mempamerkan tunggangan yang cukup baik ketika di Doha. Kecederaan yang menimpanya itu adalah kerana usaha kerja kerasnya untuk mendapatkan hasil yang baik buat dirinya dan pasukan.

“Dia seorang pelumba yang berani dan cuba untuk memahami keadaan jentera keseluruhannya. Jika anda sekadar mahu melengkapkan pusingan bersama jentera, pasti anda tidak dapat sesuatu yang lebih.

“Saya lebih suka seperti ini dan berani. Saya harap Martin kembali bersama pasukan dan berjuang untuk mendapatkan podium bersama Ducati,” kata Zarco. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI