fbpx

‘Janganlah letak pengharapan kepada manusia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanis Zalikha.

PETALING JAYA – Pelakon Hanis Zalikha membawa peminat mengenang zaman penulisan blogging apabila berkongsi satu hantaran nukilan kata penuh maksud melalui Instagram.

Hanis atau nama lengkapnya, Hanis Zalikha Zainal Rashid, 31, menekankan, usahlah meletakkan pengharapan kepada manusia kerana manusia banyak kelemahannya.

“Janganlah letak pengharapan kepada manusia. Kerana manusia ini banyak kelemahannya. Andai mereka tewas dengan iri dalam hati mereka, andai mereka tewas dengan nafsu jahat mereka, merekalah yang dalam kerugian.

“Kalau kita disakiti, disalahanggap, atau tidak pernah ada yang menghulurkan kemaafan atas apa yang kita terpaksa lalui, mintalah pada Tuhan yang sentiasa mendengar,” tulis isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu menerusi satu hantaran dalam Instagram.

TANGKAP layar perkongsian Hanis Zalikha di Instagram baru-baru ini.

Tulis ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, manusia memang tidak sempurna dan janganlah bersedih dan terlalu kecewa.

“Manusia kan tidak sempurna. Bila kita sering hampa kecewa, terasa dikhianati, rupanya kita sedang mengharapkan manusia itu sempurna.

“Manusia itu semua suci hatinya, jujur, tulus ikhlas, amanah, dan serba serbi tanpa cela,” luahnya lagi.

Sebelum bergelar pelakon dan model, Hanis merupakan seorang penulis blog dan pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI