fbpx

Lebih 120 cedera pertempuran pada bulan Ramadan di Baitulmuqaddis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Palestin menunaikan solat Jumaat pertama pada bulan Ramadan di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama, Baitulmuqaddis pada 16 April lalu. - AFP

BAITULMUQADDIS – Lebih 100 penduduk Palestin dan 20 anggota polis Israel cedera dalam pertempuran semalaman di Baitulmuqaddis Timur  yang dirampas Rejim Zionis, kata pasukan perubatan dan polis hari ini.

Keganasan bermula di luar salah satu pintu masuk ke Kota Lama yang dikelilingi tembok di mana kumpulan pelampau Yahudi baru menamatkan satu perarakan. Semasa berarak, mereka mencerca penduduk Palestian dan melaungkan slogan “Matilah orang Arab”.

Berlaku gangguan pada setiap malam di kawasan itu sejak Ramadan bermula pada 13 April lalu dengan penduduk Palestin mengadu bahawa polis menyekat akses ke sebuah laman  berhampiran tembok tersebut.

Laman itu menjadi tempat berhimpun popular dalam kalangan warga Palestin selepas waktu berbuka.

Pertubuhan Bulan Sabit Merah  Palestin berkata, pihaknya merawat sekurang-kurangnya 105 orang dengan kira-kira 20 daripada mereka dimasukkan ke hospital.

Polis Israel berkata, seramai 20 anggotanya cedera, tiga daripada mereka memerlukan rawatan hospital.

Ketegangan meruncing di Baitulmuqaddis selepas klip video yang disiarkan sejak beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan pemuda Arab menyerang penduduk Yahudi Ortodoks. Kumpulan pelampau Yahudi bertindak balas dengan keluar ke jalan-jalan dan membuli penduduk Arab dalam konfrontasi yang berlaku pada setiap malam. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI