fbpx

Vaksin CoronaVac dapat kelulusan bersyarat PBKD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Satu lagi vaksin Covid-19 mendapat kelulusan pendaftaran secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana menjadikan keseluruhan lima vaksin diluluskan setakat ini.

Produk itu ialah vaksin CoronaVac Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated yang dihasilkan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn. Bhd. (PLS) menerusi pengilangan secara fill and finish (pengilangan produk pukal kepada produk siap), yang pertama kali dilaksanakan di negara ini.

Perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-356 yang bersidang hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, produk itu merupakan sumber kedua kepada produk CoronaVac yang telah berdaftar dari pengilang Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China

Katanya, KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran secara bersyarat itu memerlukan syarikat pemegang pendaftaran produk iaitu Pharmaniaga LifeScience mengemukakan data-data tambahan dan terkini produk vaksin tersebut dari semasa ke semasa.

“Ini bagi memastikan keberkesanan dan keselamatannya sentiasa dikemas kini dan perbandingan manfaat-risiko vaksin ini kekal positif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI