fbpx

Selangor kembali rampas takhta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 2,847 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,847 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah 387,535 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 748 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 717 kes dan Kelantan sebanyak 476 kes.

“Seterusnya Kuala Lumpur (302 kes), Johor (130 kes), Negeri Sembilan (105 kes), Pulau Pinang (89 kes), Sabah (82 kes), Perak (45 kes), Kedah (44 kes), Melaka (42 kes) dan Pahang (39 kes).

“Selain itu, Putrajaya (14 kes), Terengganu (11 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, Perlis tidak merekodkan kes baharu hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI